Saturday, November 22, 2014

Masker Vitamin E?


Wajib ada dalam simpanan. Paling kurang sebiji sehari. Nak hilangkan parut, boleh ambil 2 biji, dua kali sehari. Sebiji vitamin E Shaklee bersamaan dengan 1 kg benih gandum atau 500ml minyak sunflower, atau 500g badam, atau anda boleh makan 8kg bayam kalau mau!

Vitamin E shaklee ni seminggu sekali saya buat masker. Pecahkan softgel dan sapu ke muka. Biarkan seketika dan basuh. Lihat perbeszaannya!

Vitamin E Shaklee berbeza dari vitamin E dipasaran oleh kerana dibuat dari minyak soya organik dan minyak biji gandum yang kaya dengan vitamin E, diekstrak d-alpha tocopheryl. D-alpha tocoperyl yang aktif secara fisiologi dan digabung dengan 8 jenis vitamin E (alpha, beta, gamma, delta). Ini menjadikannya vitamin E paling lengkap dipasaran.

Vitamin E Shaklee juga mempunyai 10mg selenium semulajadi yang membantu tubuh kita menyerap vitamin E, memelihara membran sel0sel, sel darah merah dan tisu-tisu otot. Ianya juga adalah penyahtoksik semulajadi logam berat seperti raksa, kadmium dan mengukuhkan anti-oksidan dan melindungi retina.

Manfaat utama:

  • Melindungi jantung - Pengambilan harian 800IU vitamin E untuk jantung yang sihat; menlindungi sel darah merah untuk mengelakkan pengasidan lipid; meningkatkan kolestrol HDL; mengurangkan tekanan darah; menghalang platlet darah melekat kedinding arteri; menghalang anemia hemolitik, penyakit jantung dll.
  • Mempertingkatkan kemampuan reproduktif - Kajian pada tahun 1924 mendapati vitamin E mampu memulihkan kemampuan reproduktif. Lelaki  yang mengambil 600IU-800IU vitamin E sehari mampu meningkatkan kiraan sperma.
  • Anti-Oksidan yang power! - Pengambilan lebih dari 1200IU sehari untuk anti-oksidan yang kuat dan berkesan melawan kanser. Maksudnya 3 biji lah ni! Selain itu membantu mengukuhkan sistem imun, menghalang atau melambatkan pertumbuhan tumor, mengurangkan kerosakan sel akibat radikal bebas. Ianya juga mampu memperbaiki masalah oksidasi -katarak dan masalah penglihatan.
  • Anti-Penuaan - 1 kapsul vitamin E sehari membantu melambatkan penuaan, mengurangkan kedut, garis halus, parut, akne, dan bintik penuaan. Ianya mampu memulihkan tekstur kulit dan ton muka, dada dan otot paha.
  • Meningkatkan keinginan seks dan memberi tenaga.
  • Memperbaiki Arthritis - Meningkatkan keanjalan salur darah, memperbaiki kitaran darah, merawat bahu kejang, pening, buasir,urat varikos dan sakit sendi.
  • Menghalang keguguran - Merawat musculus pectoralis fibrosis otot dada, sindrom prahaid dan sindrom menopoaus seperti hot flush. Digunakan pada ujian klinikal untuk menghalang kematian janin dan keguguran.
  • Memperbaiki parut - memperbaiki bengkak dan ulser kulit. Boleh disapu terus pada luka untuk mengurangkan kesan parut.
Harga sebotol: RM149 (120bj)

Beli online: Click disini.



Friday, November 21, 2014

Weekend routine! Power flush out!

Routine power flush out on weekend! Bagi clear usus, untuk penyerapan supplemen dengan lebih baik. 4 biji herb lax sebelum tidur, esok perut ringan, lebih kempis! Seminggu ni makan macam macam dah. Confirm dalam perut berkeladak. Usha dulu harga sangat mampu milik. 120bj hanya RM52.50 sajer. Dah berbulan saya guna belum pun habis :-) Hari hari biasa saya makan Alfalfa, sangat jimat. :-)


Formulasi Herb-Lax ni terdiri herba semulajadi

Ada 9 jenis: alfalfa leaves, senna leaves, anise seeds, blue malva flower, buckhorn bark, licorice root, rhubarb root, fennel seed dan culver’s root

Apa sumbangan penting setiap bahan ini dalam usaha untuk kempiskan perut kita?
  • Senna Leaves – Merangsang tindakan pembersihan yg lembut pd usus dan perut, percepatkan proses detoksifikasi dan mengurangkan penyerapan lemak.
  • Buckhorn bark – Melembutkan najis untuk memudahkan pergerakan dan memberikan lembapan kepada usus.
  • Licorice Root – Membantu proses detoksifikasi.
  • Fennel seeds – Mengeluarkan toksin yang terkumpul akibat lebihan makanan dan pengambilan alcohol, membantu pencernaan dan berkesan untuk mengatasi masalah sembelit dan kembung perut atau usus.
  • Anise seeds – Merangsang pengeluaran jus gastrik untuk membantu proses pencernaan.
  • Rhubarb root – Herba yang banyak digunakan dalam perubatan Cina untuk digunakan sebagai antibiotik semulajadi.
  • Blue Malva Flower – Membantu proses detoksifikasi dan mengimbangi tekstur kulit.
  • Culver’s root - Membantu masalah lebihan air dalam badan dan asma.
  • Alfalfa leaves – Membersihkan usus, darah dan hati.

  • Apa lagi keistimewaan Herb-Lax ni selain daripada mengempiskan perut?

        i.               Membersihkan najis yang tersekat/ tersimpan lama dlm tubuh
       ii.              Merangsang usus utk mempercepatkan proses pembersihan secara lembut
       iii.              Membantu masalah sembelit
        v.               Melawaskan pembuangan air besar.

    Beli online: Click disini.

Thursday, November 20, 2014

Nak adik lagi!

InsyaAllah, saya dalam mode merancang kehamilan. Anak keempat dengan umur yang sudah 'agak lanjut' memang mencabar. Pengambilan pemakanan seimbang dan makanan tambahan sangat penting. Sudah tentu doa dipohon tak putus dari Ya Rabb. Kalau ada rezeki, permudahkan semua. Kalau dah tak ada rezeki, Alhamdulillah... mereka sudah cukup mengembirakan saya. Dengan karakter masing masing yang sangat berbeza. MasyaAllah...hebat kuasa tuhan.


Mendapat anak yang soleh adalah impian mana mana ibubapa. Pastinya seawal mungkin, sehingga peringkat persediaan hamil, pelbagai usaha boleh dilakukan. Banyak doa doa dan surah yang boleh diamalkan. Kena rajin, berusaha, yakin dan tawakkal. Petua amalan pemakanan pun memang sedia ada. Bukak google dan search sahaja. Antaranya ialah amalan makan kurma setiap hari. Anak anak InsyaAllah pintar dan penyabar.



Antara persediaan asas lain nak pregnant, biasanya lah kita akan ambil Asid Folik. Yup. penting untuk melindungi bayi dari kecacatan dalam sistem saraf atau kecacatan tiub neural seperti spina bifida. Mintak dijauhkan.Terutama pada 12 minggu pertama kehamilan, ketika otak dan sistem saraf bayi sedang terbentuk dan sedang berkembang pesat. 

Alhamdulillah, dalam BComplex Shaklee, terkandung asid folik. Setiap biji mengandungi 200mcg (Dos biasa yang disyorkan ialah 400mcg). Sementara saya belum pregnant, saya cuma mula amalkan B complex. Bonus anti stress! B Complex memberi kesan mengantuk pada saya. Selalunya saya ambil waktu malam. Tidur lena terus nanti. :-) Dengan harga yang berbaloi, tak rugi dapatkan satu.


Harga Jualan: RM 53.75 (120 biji)

Nak beli sendiri?

Klik link dibawah untuk pembelian secara online (kredit kad/ bank transfer).
Online Purchase

Wednesday, November 19, 2014

Stress adalah normal!

Ramai yang tidak tahu, stress adalah normal. Bayangkan hidup tanpa stress, nikmat hidup pasti berkurang. Bila kita berjaya atasi tekanan atau stress. Yes! Betapa hebatnya kita. Doa mengatasi stress yang begitu mudah dan pendek saya sertakan dibawah, Amalkan. InsyaAllah.

Sejak February 2014, Alhamdulillah, saya manfaatkan perjalanan saya dari Kulim ke Penang dengan mengamalkan pelbagai doa. Dah tak ada musik beralun di corong radio. Itu antara usaha saya yang termampu setakat ini. Pulang dari kerja, masih on radio! Kalah oleh nafsu disitu :-)


Islam menggalakkan kita berusaha seadanya. Asalkan halal dan tidak melanggar syarak, kita boleh berusaha dengan pelbagai cara lain. Di Shaklee, kami ada Vitamin B yang famous sebagai vitamin anti stress. Dalam bentuk pil berwarna kuning yang selalu buat pengguna suspen bila air kencing bertukar jadi kuning!

Kenapa B complex ni x berwarna pink??? Haha.Warna kuning pada vitamin B Complex ialah disebabkan vitamin B2 atau digelar Riboflavin. 

Bila air kencing bertukar menjadi kuning, Ia merupakan satu petanda bagus iaitu tubuh kita bertindakbalas dengan baik terhadap vitamin B tersebut. Jangan panik dan tak perlu risau lagi ye jika anda lihat urin tiba- tiba bertukar menjadi kuning...Apa yang anda perlu lakukan hanyalah minum air kosong dengan lebih banyak :-)



Antara vitamin yang terkandung dalam B Complex shaklee dan fungsinya:

•    B1, B2, B3, B6, biotin dan asid pantotenik membantu badan menukarkan protein, lemak dan karbohidrat kepada tenaga.*

•    Asid folik dan B12 membantu dalam pembentukan sel-sel darah merah di dalam tubuh.  Jumlah asid folik yang mencukupi dalam diet harian membantu mencegah kecacatan tiub neural bagi wanita yang merancang kehamilan sebelum konsepsi dan semasa 12 minggu tempoh kehamilan bagi dos harian sebanyak 400 mcg.*

Harga Jualan: RM 53.75 (120 biji)

Nak beli sendiri?

Klik link dibawah untuk pembelian secara online (kredit kad/ bank transfer).
Online Purchase

Friday, October 17, 2014

Kenapa kita perlu supplement?


  • Pendedahan kepada pencemaran alam sekitar dan radikal bebas.
  • Badan memerlukan dos yang tinggi bagi sesetengah nutrien, Nutrien ini boleh didapati dari pemakanan. Adakah anda yakin pemakanan harian anda mampu memberi badan anda nutrien yang lengkap?
  • Buah buahan dan sayur sayuran juga terdedah kepada pencemaran akibat penggunaan racun perosak dan pelbagai bahan kimia lain.
  • Mengamalkan gaya hidup tidak sihat seperti kurang bersenam, bersukan atau perokok.
  • Rutin pemakanan yang tidak mengambilberat keseimbangan diet dan jadual makan yang tidak teratur.
  • Gangguan penyerapan nutrien dari makanan akibat pengambilan gula, garam atau kafein berlebihan.
  • Kehilangan nutrien dalam makanan ketika proses penyediaan.

Monday, October 6, 2014

ESP - Energizing Soy Protein


Harga RM 150 / 850gram
(penggunaan 1setengah bulan)

Top 10 kebaikan dan kelebihan ESP Shaklee, kenapa anda patut cuba!
  1. Non-GMO. Maksud non-GMO disini ialah soya yang digunakan untuk menghasilkan ESP Shaklee tidak diubah suai secara genetik. TAu tak kebanyakkan produk yang diubah secara genetik mempunyai kesan jangka masa panjang dan berharga lebih murah. ESP shaklee adalah diperbuat dari soya premium dan terjamin kualitinya yang telah diuji secara klinikal
  2. IPP ! Identified Preserved Program adalah pensijilan khas yang diberiuntuk ESP Shaklee. Ini memberi jaminan bahawa soya tidak diubah genetiknya bermula dari proses PEMBENIHAN hinggalah PENGELUARAN. Dijamin! Kebaikkan soya pastinya akan kekal ada pada end product iaitu ESP Shaklee. Sememangnya tak boleh nak compare dengan soya biasa yang anda beli di kedai runcit!
  3. TIADA KOLESTROL. TAK MENGGEMUKKAN! ESP membakar makanan secara efektif, membuat anda lebih berselera untuk makan. Tips : Minum banyak air kosong, makan buah buahan atau salad. Anda boleh menurunkan berat badan lebih efektif.
  4. Indeks glisemik yang rendah: 39. Makanan rendah GI mengambil masa lebih lama untuk menukarkan gula pada glukosa membuatkan kita kenyang lebih lama dan bertenaga berpanjangan. (Suatu makanan itu dikira rendah GI jika GI nya dibawah 55) Makanan berindeks GI memberi tenaga dengan cepat dan juga membuat anda dan mengantuk atau tidak bersemangat/bertenaga dengan cepat.
  5. Isoflavon dikekalkan. Diproses dengan AIR bukan ALKOHOL. Bila soya diproses dengan alkohol seperti kebanyakan produk lain dipasaran, isoflavon penting disingkirkan. Tahukah anda Isoflavon dapat bantu mengekalkan kesihatan jantung, kencing manis, melawan kanser.
  6. Mengandungi 9 asid amino! Sangat penting dan kritikal, sumber protin kita mengandungi 9 asid amino perlu ini. Minuman protein yang tidak mempunyai cukup asid amino, akan menjejaskan fungsinya. 
  7. Pengekalan GENISTTEIN dan DAIDZEIN. Oleh kerana sumber soya ESP Shaklee dibasuh dengan AIR sahaja,  bukan alkohol, makanya GENISTEIN dan DAIDZEIN yang wujud padanya dikekalkan. Bestnya kelebihan GENISTEIN ni, ia mampu mengekang pertumbuhan dan penyebaran SEL KANSER! Caranya ialah dengan memusnahkan radikal bebas. Radikal bebas yang wujud di persekitaran yang tercemar, boleh menukarkan SEL DNA normal kita pada sel KANSER. Pencemaran udara (asap rokok, asap kereta, asap kilang) dan air mewujudkan banyak radikal bebas yang dilepaskan dipersekitaran. Sebab tu langkah awal pengcegahan perlu ada. Salah satu darinya ambil ESP Shaklee dan supplemen anti oksida! 
  8. Soya asli dan jaminan 14g protein setiap pengambilan! 1 canister ESP mengandungi  850 gram ESP berasal dari 30 KG kacang soya asli. Shaklee menjamin setiap 3 sudu penuh ESP bersamaan 28g menyumbang pada 14 g protein.
  9. Bonus 5 jenis vitamin B dan kalsium. Kedua sumber vitamin dan mineral ni bersama protein ESP berisoflavon mengawal selia hormon terutama semasa pre-menopause untuk wanita. Gabungan ini turut merangsang  pertumbuhan anak-anak kita. Makanya, ESP sangat sesuai untuk semua peringkat umur bermula dari 1 tahun lagi. (dengan sukatan yang betul, dapatkan konsultasi yang jelas dan betul!)
  10. Faedah pengambilan ESP Shaklee yang sangat banyak! (selalu ada dengan pelbagai pelbagai set; kecantikan, kulit cantik, kurus dsb)
  • Awet muda dan kulit remaja – kandungan asid amino membantu bina otot, kulit, rambut, organ dan antibodi. Badan yang menerima protein yang mencukupi malah yang berkualiti dan lengkap asid amino, memberi kesan awet muda!
  • Kekal bertenaga lebih lama. GI yang rendah makanya sesuai juga untuk pesakit diabetis dan ahli bersukan!
  • Kenyang lebih lama. bagus untuk yang nak berdiet, berpuasa dan jimat lagi ! Boleh diambil sewaktu bersahur, menten kenyang lebih lama.
  • Merangsang susu ibu – Oleh kerana susu ibu terdiri dari protein, pengambilan ESP Shaklee sangat membantu para ibu mendapat susu yang banyak dan BERKUALITI. Syaratnya supply vs demand diamalkan. 
  • Pulih lebih cepat semasa berpantang dan sakit – jika anda baru bersalin atau dalam tempoh pemulihan selepas kemalangan atau pembedahan, ambillan ESP. Protein sangat membantu dan berkesan untuk cepatkan baik pulih. 
  • Kulit lebih sihat dan pigmentasi berkurangan !

Beli menggunkan kad kredit/ online transfer disini:
Online Purchase

Semuanya dalam satu: KECANTIKAN, TENAGA, SUSU YANG BANYAK, AWET MUDA, CUN MELECUN untuk suami, tak perlu tunggu lagi. Mulakan regimen kesihatan dan kecantikan sekarang juga. Sama-sama berikhtiar untuk mencegah penyakit merbahaya. InsyaAllah.

Gambar terbaru saya dan 5 fakta menarik tentang saya

Aidiladha 2014

Assalamualaikum teman teman dan tetamu www.VitaminBonda2u.blogspot.com. Selamat berkenalan dan selamat datang. Sayalah pemilik blog ni dan juga pemilik SID: 906213. Pengguna setia Shaklee sejak Oct 2010, sewaktu pregnant anak ketiga. Ya, bunyinya macam lambat sangat, sebab sebelum tu, mengandung anak pertama dan kedua, saya tak dijodohkan dengan Shaklee.

Selepas pengalaman anak pertama & kedua yang kuning semasa dalam pantang, saya google alternative lain selain consume herba semasa dalam pantang. Saya berdarah O+ dan sedia maklum penggunaan herba boleh buat anak anak saya kuning.

Sejak dari itu, saya mula jatuh cinta dengan Shaklee. Produk tip top, dah lama berada dipasaran, tak semahal mana pun dan yang penting Halal! Mula dengan set pantang, cuba set menyusu plak. Saya ingat sewaktu tahun pertama penyusuan, saya setia dengan ESP. Slim okay waktu tu dan susu tak terjejas pun:-)
Bila dah lihat keberkesanan Shaklee ni, saya daftar ahli. Mau tak daftar, dapat harga member yang 15-20% lebih murah. Sambil makan sendiri, dapat bonus sedikit sebanyak tgh bulan. Sape nak bagi kan.

Itu antara bagaimana saya bertemu jodoh dengan Vitamin Shaklee. Alhamdulillah sehingga hari ini, saya masih jadi pengguna setia vitamin Shaklee. Alhamdulillah sangat sangat.

Sekarang saya nak kongsi 5 fakta menarik tentang saya! Mungkin kamu bosan baca nanti :-) Jomla kita kenal-kenal, InsyaAllah kalau jumpa di mana mana nanti boleh hi-hi bye-bye.

  1. Optimis -Saya yakin saya seorang yang optimis. Saya selalunya memberi tanggapan yang baik terhadap masalah. Ini kekadang buat saya terlalu santai pada pandangan orang ramai. Ramai akan anggap saya tak serius! Tapi dalam hati siapa tahu kan. Saya optimis sebab kecelaruan dan panik buat saya tak boleh berfikir.
  2. Peramah - Saya dilihat sebagai seorang yang peramah dan pandai bergaul. Ya saya selalunya begitu. Tetapi original diri saya ialah tak suka bercakap (fakta dari program berbayar yang dah saya attend!). Mungkin kerana persekitaran, nature kerja saya yang memerlukan saya bercakap, maka saya jadi peramah. Jangan kata saya plastik okay, tak baik. Humbanlah saya kemana pun, saya boleh bergaul dengan anda. Tak percaya meh cuba :-)
  3. Saya suka kecantikan. Inilah obsesi saya. Saya suka melihat orang cantik, atau apa sahaja yang berkaitan dengan cantik. Yang rasa diri tak cantik jgn plak takut tegur saya. Hahahaha. Sebab itu juga saya obses dengan GLA shaklee, vitamin C dan ESP contohnya yang memberi kesan pada saya! Bila waktunya saya rasa pakaian saya teruk, sepanjang hari saya rasa tak selesa.
  4. Saya suka kopi! Fakta yang sangat jelas. Setiap pagi breakfast saya ialah kopi! Seakan enjin pada badan saya ni tak berfungsi dengan baik tanpa kopi!
  5. Good listener. Saya yakin saya pendengar yang sangat baik. Saya yakin, sebab kita ada telinga 2, kita perlu dengar dengan baik, sebelum nak komen atau bercakap. Saya tak suka potong cakap orang tengah bercakap. Dan tak suka jugak bila ada orang yang suka potong cakap orang. Beriya benar nak bercakap, Bistu sape yang nak dengar?
Itulah antara fakta tentang diri saya. Kalau nak taip lagi banyak pun boleh, tapi nanti dah tak menarik kan. banyak sangat. Apapun, selamat berkenalan. Feel free nak tegur kalau jumpa kat Giant Kulim, Tesco atau mana-mana.

Adios!