Monday, October 6, 2014

ESP - Energizing Soy Protein


Harga RM 150 / 850gram
(penggunaan 1setengah bulan)

Top 10 kebaikan dan kelebihan ESP Shaklee, kenapa anda patut cuba!
  1. Non-GMO. Maksud non-GMO disini ialah soya yang digunakan untuk menghasilkan ESP Shaklee tidak diubah suai secara genetik. TAu tak kebanyakkan produk yang diubah secara genetik mempunyai kesan jangka masa panjang dan berharga lebih murah. ESP shaklee adalah diperbuat dari soya premium dan terjamin kualitinya yang telah diuji secara klinikal
  2. IPP ! Identified Preserved Program adalah pensijilan khas yang diberiuntuk ESP Shaklee. Ini memberi jaminan bahawa soya tidak diubah genetiknya bermula dari proses PEMBENIHAN hinggalah PENGELUARAN. Dijamin! Kebaikkan soya pastinya akan kekal ada pada end product iaitu ESP Shaklee. Sememangnya tak boleh nak compare dengan soya biasa yang anda beli di kedai runcit!
  3. TIADA KOLESTROL. TAK MENGGEMUKKAN! ESP membakar makanan secara efektif, membuat anda lebih berselera untuk makan. Tips : Minum banyak air kosong, makan buah buahan atau salad. Anda boleh menurunkan berat badan lebih efektif.
  4. Indeks glisemik yang rendah: 39. Makanan rendah GI mengambil masa lebih lama untuk menukarkan gula pada glukosa membuatkan kita kenyang lebih lama dan bertenaga berpanjangan. (Suatu makanan itu dikira rendah GI jika GI nya dibawah 55) Makanan berindeks GI memberi tenaga dengan cepat dan juga membuat anda dan mengantuk atau tidak bersemangat/bertenaga dengan cepat.
  5. Isoflavon dikekalkan. Diproses dengan AIR bukan ALKOHOL. Bila soya diproses dengan alkohol seperti kebanyakan produk lain dipasaran, isoflavon penting disingkirkan. Tahukah anda Isoflavon dapat bantu mengekalkan kesihatan jantung, kencing manis, melawan kanser.
  6. Mengandungi 9 asid amino! Sangat penting dan kritikal, sumber protin kita mengandungi 9 asid amino perlu ini. Minuman protein yang tidak mempunyai cukup asid amino, akan menjejaskan fungsinya. 
  7. Pengekalan GENISTTEIN dan DAIDZEIN. Oleh kerana sumber soya ESP Shaklee dibasuh dengan AIR sahaja,  bukan alkohol, makanya GENISTEIN dan DAIDZEIN yang wujud padanya dikekalkan. Bestnya kelebihan GENISTEIN ni, ia mampu mengekang pertumbuhan dan penyebaran SEL KANSER! Caranya ialah dengan memusnahkan radikal bebas. Radikal bebas yang wujud di persekitaran yang tercemar, boleh menukarkan SEL DNA normal kita pada sel KANSER. Pencemaran udara (asap rokok, asap kereta, asap kilang) dan air mewujudkan banyak radikal bebas yang dilepaskan dipersekitaran. Sebab tu langkah awal pengcegahan perlu ada. Salah satu darinya ambil ESP Shaklee dan supplemen anti oksida! 
  8. Soya asli dan jaminan 14g protein setiap pengambilan! 1 canister ESP mengandungi  850 gram ESP berasal dari 30 KG kacang soya asli. Shaklee menjamin setiap 3 sudu penuh ESP bersamaan 28g menyumbang pada 14 g protein.
  9. Bonus 5 jenis vitamin B dan kalsium. Kedua sumber vitamin dan mineral ni bersama protein ESP berisoflavon mengawal selia hormon terutama semasa pre-menopause untuk wanita. Gabungan ini turut merangsang  pertumbuhan anak-anak kita. Makanya, ESP sangat sesuai untuk semua peringkat umur bermula dari 1 tahun lagi. (dengan sukatan yang betul, dapatkan konsultasi yang jelas dan betul!)
  10. Faedah pengambilan ESP Shaklee yang sangat banyak! (selalu ada dengan pelbagai pelbagai set; kecantikan, kulit cantik, kurus dsb)
  • Awet muda dan kulit remaja – kandungan asid amino membantu bina otot, kulit, rambut, organ dan antibodi. Badan yang menerima protein yang mencukupi malah yang berkualiti dan lengkap asid amino, memberi kesan awet muda!
  • Kekal bertenaga lebih lama. GI yang rendah makanya sesuai juga untuk pesakit diabetis dan ahli bersukan!
  • Kenyang lebih lama. bagus untuk yang nak berdiet, berpuasa dan jimat lagi ! Boleh diambil sewaktu bersahur, menten kenyang lebih lama.
  • Merangsang susu ibu – Oleh kerana susu ibu terdiri dari protein, pengambilan ESP Shaklee sangat membantu para ibu mendapat susu yang banyak dan BERKUALITI. Syaratnya supply vs demand diamalkan. 
  • Pulih lebih cepat semasa berpantang dan sakit – jika anda baru bersalin atau dalam tempoh pemulihan selepas kemalangan atau pembedahan, ambillan ESP. Protein sangat membantu dan berkesan untuk cepatkan baik pulih. 
  • Kulit lebih sihat dan pigmentasi berkurangan !

Beli menggunkan kad kredit/ online transfer disini:
Online Purchase

Semuanya dalam satu: KECANTIKAN, TENAGA, SUSU YANG BANYAK, AWET MUDA, CUN MELECUN untuk suami, tak perlu tunggu lagi. Mulakan regimen kesihatan dan kecantikan sekarang juga. Sama-sama berikhtiar untuk mencegah penyakit merbahaya. InsyaAllah.

Gambar terbaru saya dan 5 fakta menarik tentang saya

Aidiladha 2014

Assalamualaikum teman teman dan tetamu www.VitaminBonda2u.blogspot.com. Selamat berkenalan dan selamat datang. Sayalah pemilik blog ni dan juga pemilik SID: 906213. Pengguna setia Shaklee sejak Oct 2010, sewaktu pregnant anak ketiga. Ya, bunyinya macam lambat sangat, sebab sebelum tu, mengandung anak pertama dan kedua, saya tak dijodohkan dengan Shaklee.

Selepas pengalaman anak pertama & kedua yang kuning semasa dalam pantang, saya google alternative lain selain consume herba semasa dalam pantang. Saya berdarah O+ dan sedia maklum penggunaan herba boleh buat anak anak saya kuning.

Sejak dari itu, saya mula jatuh cinta dengan Shaklee. Produk tip top, dah lama berada dipasaran, tak semahal mana pun dan yang penting Halal! Mula dengan set pantang, cuba set menyusu plak. Saya ingat sewaktu tahun pertama penyusuan, saya setia dengan ESP. Slim okay waktu tu dan susu tak terjejas pun:-)
Bila dah lihat keberkesanan Shaklee ni, saya daftar ahli. Mau tak daftar, dapat harga member yang 15-20% lebih murah. Sambil makan sendiri, dapat bonus sedikit sebanyak tgh bulan. Sape nak bagi kan.

Itu antara bagaimana saya bertemu jodoh dengan Vitamin Shaklee. Alhamdulillah sehingga hari ini, saya masih jadi pengguna setia vitamin Shaklee. Alhamdulillah sangat sangat.

Sekarang saya nak kongsi 5 fakta menarik tentang saya! Mungkin kamu bosan baca nanti :-) Jomla kita kenal-kenal, InsyaAllah kalau jumpa di mana mana nanti boleh hi-hi bye-bye.

  1. Optimis -Saya yakin saya seorang yang optimis. Saya selalunya memberi tanggapan yang baik terhadap masalah. Ini kekadang buat saya terlalu santai pada pandangan orang ramai. Ramai akan anggap saya tak serius! Tapi dalam hati siapa tahu kan. Saya optimis sebab kecelaruan dan panik buat saya tak boleh berfikir.
  2. Peramah - Saya dilihat sebagai seorang yang peramah dan pandai bergaul. Ya saya selalunya begitu. Tetapi original diri saya ialah tak suka bercakap (fakta dari program berbayar yang dah saya attend!). Mungkin kerana persekitaran, nature kerja saya yang memerlukan saya bercakap, maka saya jadi peramah. Jangan kata saya plastik okay, tak baik. Humbanlah saya kemana pun, saya boleh bergaul dengan anda. Tak percaya meh cuba :-)
  3. Saya suka kecantikan. Inilah obsesi saya. Saya suka melihat orang cantik, atau apa sahaja yang berkaitan dengan cantik. Yang rasa diri tak cantik jgn plak takut tegur saya. Hahahaha. Sebab itu juga saya obses dengan GLA shaklee, vitamin C dan ESP contohnya yang memberi kesan pada saya! Bila waktunya saya rasa pakaian saya teruk, sepanjang hari saya rasa tak selesa.
  4. Saya suka kopi! Fakta yang sangat jelas. Setiap pagi breakfast saya ialah kopi! Seakan enjin pada badan saya ni tak berfungsi dengan baik tanpa kopi!
  5. Good listener. Saya yakin saya pendengar yang sangat baik. Saya yakin, sebab kita ada telinga 2, kita perlu dengar dengan baik, sebelum nak komen atau bercakap. Saya tak suka potong cakap orang tengah bercakap. Dan tak suka jugak bila ada orang yang suka potong cakap orang. Beriya benar nak bercakap, Bistu sape yang nak dengar?
Itulah antara fakta tentang diri saya. Kalau nak taip lagi banyak pun boleh, tapi nanti dah tak menarik kan. banyak sangat. Apapun, selamat berkenalan. Feel free nak tegur kalau jumpa kat Giant Kulim, Tesco atau mana-mana.

Adios!