Monday, October 6, 2014

Gambar terbaru saya dan 5 fakta menarik tentang saya

Aidiladha 2014

Assalamualaikum teman teman dan tetamu www.VitaminBonda2u.blogspot.com. Selamat berkenalan dan selamat datang. Sayalah pemilik blog ni dan juga pemilik SID: 906213. Pengguna setia Shaklee sejak Oct 2010, sewaktu pregnant anak ketiga. Ya, bunyinya macam lambat sangat, sebab sebelum tu, mengandung anak pertama dan kedua, saya tak dijodohkan dengan Shaklee.

Selepas pengalaman anak pertama & kedua yang kuning semasa dalam pantang, saya google alternative lain selain consume herba semasa dalam pantang. Saya berdarah O+ dan sedia maklum penggunaan herba boleh buat anak anak saya kuning.

Sejak dari itu, saya mula jatuh cinta dengan Shaklee. Produk tip top, dah lama berada dipasaran, tak semahal mana pun dan yang penting Halal! Mula dengan set pantang, cuba set menyusu plak. Saya ingat sewaktu tahun pertama penyusuan, saya setia dengan ESP. Slim okay waktu tu dan susu tak terjejas pun:-)
Bila dah lihat keberkesanan Shaklee ni, saya daftar ahli. Mau tak daftar, dapat harga member yang 15-20% lebih murah. Sambil makan sendiri, dapat bonus sedikit sebanyak tgh bulan. Sape nak bagi kan.

Itu antara bagaimana saya bertemu jodoh dengan Vitamin Shaklee. Alhamdulillah sehingga hari ini, saya masih jadi pengguna setia vitamin Shaklee. Alhamdulillah sangat sangat.

Sekarang saya nak kongsi 5 fakta menarik tentang saya! Mungkin kamu bosan baca nanti :-) Jomla kita kenal-kenal, InsyaAllah kalau jumpa di mana mana nanti boleh hi-hi bye-bye.

  1. Optimis -Saya yakin saya seorang yang optimis. Saya selalunya memberi tanggapan yang baik terhadap masalah. Ini kekadang buat saya terlalu santai pada pandangan orang ramai. Ramai akan anggap saya tak serius! Tapi dalam hati siapa tahu kan. Saya optimis sebab kecelaruan dan panik buat saya tak boleh berfikir.
  2. Peramah - Saya dilihat sebagai seorang yang peramah dan pandai bergaul. Ya saya selalunya begitu. Tetapi original diri saya ialah tak suka bercakap (fakta dari program berbayar yang dah saya attend!). Mungkin kerana persekitaran, nature kerja saya yang memerlukan saya bercakap, maka saya jadi peramah. Jangan kata saya plastik okay, tak baik. Humbanlah saya kemana pun, saya boleh bergaul dengan anda. Tak percaya meh cuba :-)
  3. Saya suka kecantikan. Inilah obsesi saya. Saya suka melihat orang cantik, atau apa sahaja yang berkaitan dengan cantik. Yang rasa diri tak cantik jgn plak takut tegur saya. Hahahaha. Sebab itu juga saya obses dengan GLA shaklee, vitamin C dan ESP contohnya yang memberi kesan pada saya! Bila waktunya saya rasa pakaian saya teruk, sepanjang hari saya rasa tak selesa.
  4. Saya suka kopi! Fakta yang sangat jelas. Setiap pagi breakfast saya ialah kopi! Seakan enjin pada badan saya ni tak berfungsi dengan baik tanpa kopi!
  5. Good listener. Saya yakin saya pendengar yang sangat baik. Saya yakin, sebab kita ada telinga 2, kita perlu dengar dengan baik, sebelum nak komen atau bercakap. Saya tak suka potong cakap orang tengah bercakap. Dan tak suka jugak bila ada orang yang suka potong cakap orang. Beriya benar nak bercakap, Bistu sape yang nak dengar?
Itulah antara fakta tentang diri saya. Kalau nak taip lagi banyak pun boleh, tapi nanti dah tak menarik kan. banyak sangat. Apapun, selamat berkenalan. Feel free nak tegur kalau jumpa kat Giant Kulim, Tesco atau mana-mana.

Adios!



No comments:

Post a Comment