Tuesday, September 30, 2014

Resepi mudah akok panas kelate.

Jom nak share resepi akok Kelantan mudah. Penyediaan dalam 40 min sahaja. 

Bahan-bahan
1 kotak santan (saya pakai brand M&S)
3-4 sudu gula (ikut selera kemanisan anda)
Daun pandan 
Telur A- 3 biji 
Tepung gandum 5 sudu 
Gula Melaka 1 keping
Sesudu esen vanilla 
Secubit gram 


Cara-cara

Panaskan oven 200℃.

Daun pandan + Setengah cawan air + sekeping gula Melaka dicairkan guna api kecil.
Tutup api dan biar sejuk.

Pukul telur bersama santan + gula . 
Masukkan teoung gandum sedikit sedikit. 
Masukkan esen vanilla. 
Tuang adunan kedalam acuan muffin. 
(Makin penuh, makin tebal akok anda)


Bakar guna api atas bawah utuk 15 min pertama dan pakai api atas sahaja untuk 5 minit terakhir. Nota: Kemanisan boleh disesuaikan ikut cita rasa anda.



Nota Kaki: Akok akan kembang ketika dalam oven. Jangan panik! Lepas sejuk nanti dia surut elok.
Selamat mencuba!

No comments:

Post a Comment