Sunday, February 1, 2015

Kesihatan gigi dan kehamilan.

Assalamualaikum...sementelah kehamilan saya yang baru cecah 10 minggu, dan pengalaman menghadapi masalah gigi rapuh, saya nak kongsi sedikit makluma disini. Kita lihat gigi dan kaitannya dengan wanita hamil.. Penting sangat untuk kita tahu tentang bahaya sakit gigi di kalangan wanita hamil.. Apabila wanita mengalami masalah gigi atau mulut ketika hamil, ia menyebabkan peningkatan hormon prostaglandin. Peningkatan hormon itu menyebabkan rahim menjadi tegang dan berkontraksi. Jika ia berlaku brpanjangan, kontraksi ini boleh menekan janin yang memungkinkan berlaku kelahiran tidak cukup bulan.

Dari pengalaman dan pengamatan dari kawan kawan yang mempunyai anak pra matang, penjagaan tip top amat perlu. Ini kerana sesetengah organ dalaman seperti peparu amat sensitif. Kadang senang semput nya, kadang senang selsemanya. Ex bos saya mempunyai anak pra matang pada kelahiran kedua dan waktu saya mengandung, tak jemu jemu beliau berpesan pada saya, jaga kandungan betul betul supaya tidak menghadapai masalah bayi pramatang.

Rata rata semua diantara kita tahu, ibu hamil perlu mengambil makanan yang berkhasiat dan seimbang. Bagaimana mungkin ibu hamil boleh memakan makanan berkhasiat jika mengalami masalah gigi sakit. Bagaimana pula kes yang ibu alahan tak nak makan itu dan ini. Kandungan kali ini, saya tak boleh makan ayam, nasi pada waktu malam memang tak boleh telan. Kalau diikutkan alahan, banyak benda berkhasiat yang sepatutnya saya ambil, saya skip saja.

Jika masalah berkaitan gigi pula yang terjadi ketika hamil, ia sedikit sukar dirawat. Paling tidak ia memerlukan pertimbangan teliti, misalnya perlu mengambil kira ubat yang boleh dan tidak boleh diberikan kepada wanita hamil untuk mengelakkan permasalahan timbul. Manakala jika terdapat gigi yang rosak dan perlu untuk dicabut, proses itu perlu di tangguh selepas trimester pertama atau bergantung kepada kekuatan si ibu. Dapatkan nasihat dari yang benar benar pakar. Sewaktu hamil, bayi memerlukan kalsium untuk pembentukan tulang, dan kalsium ini diserap dari ibu. Inilah punca yang menyebabkan kesihatan gigi terjejas. Mengandung anak kedua, gigi saya sangat rapuh. Mengandung anak ketiga, saya minum susu untuk elakkan kejadian sama. Maklum tengah alahan, agak agaknya banyak mana sangat saya boleh telan.

Alhamdulillah, kali ni saya diberi kesempatan kenal produk produk Shaklee. Untuk bantu saya dapatkan kalsium yang cukup, saya ambil 4 biji ostematrix sebelum tidur. Bonus, tidur lebih nyenyak, dan bangun dengan keadaan badan yang lebih segar. Tak perlu risau dah nak pikir berapa banyak ikan nak makan, berapa gelas susu nak minum sehari :-).

Untuk sebulan, anda cuma perlu belanjakan RM 49. Sebotol mengandungi 120 biji. Yang best still boleh diteruskan sehingga pantang, untuk penghasilan susu yang berkualiti. Dah berderet anak baru nak tahu, takpelah orang kata 'better late than never.

Shaklee Independent Distributor 906213
COD area Kulim, Lunas, Seberang Jaya, Bayan Lepas.

No comments:

Post a Comment