Monday, October 6, 2014

ESP - Energizing Soy Protein


Harga RM 150 / 850gram
(penggunaan 1setengah bulan)

Top 10 kebaikan dan kelebihan ESP Shaklee, kenapa anda patut cuba!
  1. Non-GMO. Maksud non-GMO disini ialah soya yang digunakan untuk menghasilkan ESP Shaklee tidak diubah suai secara genetik. TAu tak kebanyakkan produk yang diubah secara genetik mempunyai kesan jangka masa panjang dan berharga lebih murah. ESP shaklee adalah diperbuat dari soya premium dan terjamin kualitinya yang telah diuji secara klinikal
  2. IPP ! Identified Preserved Program adalah pensijilan khas yang diberiuntuk ESP Shaklee. Ini memberi jaminan bahawa soya tidak diubah genetiknya bermula dari proses PEMBENIHAN hinggalah PENGELUARAN. Dijamin! Kebaikkan soya pastinya akan kekal ada pada end product iaitu ESP Shaklee. Sememangnya tak boleh nak compare dengan soya biasa yang anda beli di kedai runcit!
  3. TIADA KOLESTROL. TAK MENGGEMUKKAN! ESP membakar makanan secara efektif, membuat anda lebih berselera untuk makan. Tips : Minum banyak air kosong, makan buah buahan atau salad. Anda boleh menurunkan berat badan lebih efektif.
  4. Indeks glisemik yang rendah: 39. Makanan rendah GI mengambil masa lebih lama untuk menukarkan gula pada glukosa membuatkan kita kenyang lebih lama dan bertenaga berpanjangan. (Suatu makanan itu dikira rendah GI jika GI nya dibawah 55) Makanan berindeks GI memberi tenaga dengan cepat dan juga membuat anda dan mengantuk atau tidak bersemangat/bertenaga dengan cepat.
  5. Isoflavon dikekalkan. Diproses dengan AIR bukan ALKOHOL. Bila soya diproses dengan alkohol seperti kebanyakan produk lain dipasaran, isoflavon penting disingkirkan. Tahukah anda Isoflavon dapat bantu mengekalkan kesihatan jantung, kencing manis, melawan kanser.
  6. Mengandungi 9 asid amino! Sangat penting dan kritikal, sumber protin kita mengandungi 9 asid amino perlu ini. Minuman protein yang tidak mempunyai cukup asid amino, akan menjejaskan fungsinya. 
  7. Pengekalan GENISTTEIN dan DAIDZEIN. Oleh kerana sumber soya ESP Shaklee dibasuh dengan AIR sahaja,  bukan alkohol, makanya GENISTEIN dan DAIDZEIN yang wujud padanya dikekalkan. Bestnya kelebihan GENISTEIN ni, ia mampu mengekang pertumbuhan dan penyebaran SEL KANSER! Caranya ialah dengan memusnahkan radikal bebas. Radikal bebas yang wujud di persekitaran yang tercemar, boleh menukarkan SEL DNA normal kita pada sel KANSER. Pencemaran udara (asap rokok, asap kereta, asap kilang) dan air mewujudkan banyak radikal bebas yang dilepaskan dipersekitaran. Sebab tu langkah awal pengcegahan perlu ada. Salah satu darinya ambil ESP Shaklee dan supplemen anti oksida! 
  8. Soya asli dan jaminan 14g protein setiap pengambilan! 1 canister ESP mengandungi  850 gram ESP berasal dari 30 KG kacang soya asli. Shaklee menjamin setiap 3 sudu penuh ESP bersamaan 28g menyumbang pada 14 g protein.
  9. Bonus 5 jenis vitamin B dan kalsium. Kedua sumber vitamin dan mineral ni bersama protein ESP berisoflavon mengawal selia hormon terutama semasa pre-menopause untuk wanita. Gabungan ini turut merangsang  pertumbuhan anak-anak kita. Makanya, ESP sangat sesuai untuk semua peringkat umur bermula dari 1 tahun lagi. (dengan sukatan yang betul, dapatkan konsultasi yang jelas dan betul!)
  10. Faedah pengambilan ESP Shaklee yang sangat banyak! (selalu ada dengan pelbagai pelbagai set; kecantikan, kulit cantik, kurus dsb)
  • Awet muda dan kulit remaja – kandungan asid amino membantu bina otot, kulit, rambut, organ dan antibodi. Badan yang menerima protein yang mencukupi malah yang berkualiti dan lengkap asid amino, memberi kesan awet muda!
  • Kekal bertenaga lebih lama. GI yang rendah makanya sesuai juga untuk pesakit diabetis dan ahli bersukan!
  • Kenyang lebih lama. bagus untuk yang nak berdiet, berpuasa dan jimat lagi ! Boleh diambil sewaktu bersahur, menten kenyang lebih lama.
  • Merangsang susu ibu – Oleh kerana susu ibu terdiri dari protein, pengambilan ESP Shaklee sangat membantu para ibu mendapat susu yang banyak dan BERKUALITI. Syaratnya supply vs demand diamalkan. 
  • Pulih lebih cepat semasa berpantang dan sakit – jika anda baru bersalin atau dalam tempoh pemulihan selepas kemalangan atau pembedahan, ambillan ESP. Protein sangat membantu dan berkesan untuk cepatkan baik pulih. 
  • Kulit lebih sihat dan pigmentasi berkurangan !

Beli menggunkan kad kredit/ online transfer disini:
Online Purchase

Semuanya dalam satu: KECANTIKAN, TENAGA, SUSU YANG BANYAK, AWET MUDA, CUN MELECUN untuk suami, tak perlu tunggu lagi. Mulakan regimen kesihatan dan kecantikan sekarang juga. Sama-sama berikhtiar untuk mencegah penyakit merbahaya. InsyaAllah.

Gambar terbaru saya dan 5 fakta menarik tentang saya

Aidiladha 2014

Assalamualaikum teman teman dan tetamu www.VitaminBonda2u.blogspot.com. Selamat berkenalan dan selamat datang. Sayalah pemilik blog ni dan juga pemilik SID: 906213. Pengguna setia Shaklee sejak Oct 2010, sewaktu pregnant anak ketiga. Ya, bunyinya macam lambat sangat, sebab sebelum tu, mengandung anak pertama dan kedua, saya tak dijodohkan dengan Shaklee.

Selepas pengalaman anak pertama & kedua yang kuning semasa dalam pantang, saya google alternative lain selain consume herba semasa dalam pantang. Saya berdarah O+ dan sedia maklum penggunaan herba boleh buat anak anak saya kuning.

Sejak dari itu, saya mula jatuh cinta dengan Shaklee. Produk tip top, dah lama berada dipasaran, tak semahal mana pun dan yang penting Halal! Mula dengan set pantang, cuba set menyusu plak. Saya ingat sewaktu tahun pertama penyusuan, saya setia dengan ESP. Slim okay waktu tu dan susu tak terjejas pun:-)
Bila dah lihat keberkesanan Shaklee ni, saya daftar ahli. Mau tak daftar, dapat harga member yang 15-20% lebih murah. Sambil makan sendiri, dapat bonus sedikit sebanyak tgh bulan. Sape nak bagi kan.

Itu antara bagaimana saya bertemu jodoh dengan Vitamin Shaklee. Alhamdulillah sehingga hari ini, saya masih jadi pengguna setia vitamin Shaklee. Alhamdulillah sangat sangat.

Sekarang saya nak kongsi 5 fakta menarik tentang saya! Mungkin kamu bosan baca nanti :-) Jomla kita kenal-kenal, InsyaAllah kalau jumpa di mana mana nanti boleh hi-hi bye-bye.

  1. Optimis -Saya yakin saya seorang yang optimis. Saya selalunya memberi tanggapan yang baik terhadap masalah. Ini kekadang buat saya terlalu santai pada pandangan orang ramai. Ramai akan anggap saya tak serius! Tapi dalam hati siapa tahu kan. Saya optimis sebab kecelaruan dan panik buat saya tak boleh berfikir.
  2. Peramah - Saya dilihat sebagai seorang yang peramah dan pandai bergaul. Ya saya selalunya begitu. Tetapi original diri saya ialah tak suka bercakap (fakta dari program berbayar yang dah saya attend!). Mungkin kerana persekitaran, nature kerja saya yang memerlukan saya bercakap, maka saya jadi peramah. Jangan kata saya plastik okay, tak baik. Humbanlah saya kemana pun, saya boleh bergaul dengan anda. Tak percaya meh cuba :-)
  3. Saya suka kecantikan. Inilah obsesi saya. Saya suka melihat orang cantik, atau apa sahaja yang berkaitan dengan cantik. Yang rasa diri tak cantik jgn plak takut tegur saya. Hahahaha. Sebab itu juga saya obses dengan GLA shaklee, vitamin C dan ESP contohnya yang memberi kesan pada saya! Bila waktunya saya rasa pakaian saya teruk, sepanjang hari saya rasa tak selesa.
  4. Saya suka kopi! Fakta yang sangat jelas. Setiap pagi breakfast saya ialah kopi! Seakan enjin pada badan saya ni tak berfungsi dengan baik tanpa kopi!
  5. Good listener. Saya yakin saya pendengar yang sangat baik. Saya yakin, sebab kita ada telinga 2, kita perlu dengar dengan baik, sebelum nak komen atau bercakap. Saya tak suka potong cakap orang tengah bercakap. Dan tak suka jugak bila ada orang yang suka potong cakap orang. Beriya benar nak bercakap, Bistu sape yang nak dengar?
Itulah antara fakta tentang diri saya. Kalau nak taip lagi banyak pun boleh, tapi nanti dah tak menarik kan. banyak sangat. Apapun, selamat berkenalan. Feel free nak tegur kalau jumpa kat Giant Kulim, Tesco atau mana-mana.

Adios!



Wednesday, October 1, 2014

ESP - Energizing Soy Protein - Keburukan kesan ambil ESP!

Bulan October promosi untuk ESP!. Penggemar ESP memang excited. Supplement pelbagai kebaikan memang sinonim digabungkan dengan pelbagai set.

Paling asas, wajib minum ESP setiap pagi (setiap hari tidak boleh lebih 3 sudu ye!) dah cukup mengenyangkan, menggebukan, menambah susu badan etc.

Anda terpaksa cantik, sihat dan bertenaga!

Tak percaya jom cuba.


Tuesday, September 30, 2014

Resepi mudah akok panas kelate.

Jom nak share resepi akok Kelantan mudah. Penyediaan dalam 40 min sahaja. 

Bahan-bahan
1 kotak santan (saya pakai brand M&S)
3-4 sudu gula (ikut selera kemanisan anda)
Daun pandan 
Telur A- 3 biji 
Tepung gandum 5 sudu 
Gula Melaka 1 keping
Sesudu esen vanilla 
Secubit gram 


Cara-cara

Panaskan oven 200℃.

Daun pandan + Setengah cawan air + sekeping gula Melaka dicairkan guna api kecil.
Tutup api dan biar sejuk.

Pukul telur bersama santan + gula . 
Masukkan teoung gandum sedikit sedikit. 
Masukkan esen vanilla. 
Tuang adunan kedalam acuan muffin. 
(Makin penuh, makin tebal akok anda)


Bakar guna api atas bawah utuk 15 min pertama dan pakai api atas sahaja untuk 5 minit terakhir. Nota: Kemanisan boleh disesuaikan ikut cita rasa anda.



Nota Kaki: Akok akan kembang ketika dalam oven. Jangan panik! Lepas sejuk nanti dia surut elok.
Selamat mencuba!

Sunday, September 28, 2014

Nutriferon Shaklee- Fungsi, rasa dan rupa.

Salam dan selamat sejahtera. Hari ni nak berkongsi tentang kebaikan Nutriferon Shaklee. Saya dah biasa dengan panadol dan ubat selsema. Sangat sensitif bila panas dan keadaan berdebu. Flu agak selalu lah boleh dikatakan. Bercerita tentang nutriferon, walaupun saya pengedar vitamin Shaklee, awal-awalnya saya tak rasa sangat perlu untuk mengambil Nutriferon. Sehinggalah suatu hari anak beranak cirit. Hati ibu mana tak sedih, mula mencari alternatives nak percepatkan pemulihan anak-anak. Disinilah saya mula kenal Nutriferon. Alhamdulillah, saya cuba tidak mengambil Panadol. Bila badan mula tak sihat, saya akan ambil sepeket Nutriferon, terutama bila travel. Setakat ini, saya nampak kesannya. Tak mudah mendapat selsema dan badan terasa lebih bertenaga!. 



Sedikit sebanyak, jom tengok bagaimana Nutriferon ni tercipta dan fungsinya kepada badan. NUTRIFERON terhasil setelah kajian lengkap dijalankan selama 40 tahun oleh Dr. Yasuhiko Kojimo, Ahli Imunologi terkenal di dunia. Ratusan sebatian semulajadi telah diuji dengan teliti. Penemuan satu campuran unik hasil gabungan empat (4) ekstrak tumbuhan yang berfungsi menggalakkan penghasilan interferon secara semulajadi oleh badan. 

Kajian menunjukkan Nutriferon telah terbukti berjaya menunjukkan serangan positif terhadap serangan ke atas sel-sel semulajadi. Secara asasnya ianya adalah sejenis hormon yg berfungsi sebagai perisai penting dalam sistem pertahanan badan terhadap virus-virus. Terbukti daripada Empat Kajian Klinikal Pada Manusia,campuran fitonutrien yang berkesan dan selamat ini memberi sokongan imun tepat pada peringkat sel. Kajian menunjukkan khasiat kesihatan yang luar biasa dan perlindungan imun yang diperolehi daripada campuran khas empat ekstrak tumbuhan di dalam NutriFeron. Dengan meningkatkan paras interferon secara semulajadi, para saintis dan komuniti perubatan telah mengenalpasti interferon sebagai sesuatu yang amat penting bagi fungsi imun yang sihat.


NutriFeron merupakan satu-satunya pemakanan tambahan di U.S. yang dicipta oleh penemu interferon yang boleh menambahkan penghasilan interferon di dalam badan secara semulajadi. NutriFeron merupakan rumusan berpaten ekslusif yang hanya boleh didapati dari Shaklee. Rumusan berpaten NutriFeron yang unik adalah eksklusif kepada Shaklee.Ia telah melepasi satu set ujian-ujian saintifik yang ketat dari segi keselamatan, ketulenan, keberkesanan dan prestasi. 

Pendapat peribadi saya tentang rasa Nutriferon Shaklee: “Rasa seperti ‘chinese tea’, tawar tetapi tidak kelat, rasa tidak pekat dan pahit seperti jamu” Rupa Nutriferon: Granules Cara penyediaan: Dicampur dalam air suam atau air suhu bilik. Dikacau hingga sebati, selawat dan minum. Penggunaan bagi dewasa: Keadaan biasa: Sepeket seminggu, atau 2 jam sekali ketika badan mula rasa cam nak demam. Jom mulakan visi tanpa vitamin dirumah. Boleh diambil oleh semua peringkat umur.

HANA MUSTAFA 019 4777181
SID 906213

Wednesday, July 2, 2014

Membantu mengurangkan sakit sendi, lenguh lenguh badan!

Sakit sendi dan lenguh badan mengganggu solat anda?

Hadiah kepada ibu bapa?

Anda kerap bekerja berat?

#AJHT SHAKLEE
#ALFALFASHAKLEE

#freedeliverykulim

Sunday, June 29, 2014

Performance Drink Shaklee! Pengalaman puasa yang terbaik!

Harga: RM82 (SM) RM87 (SS)

Alhamdulillah, puasa kali ni lebih seronok, cergas berterawih walau dirumah sambil layan kerenah anak anak. Lepas maghrib saya bancuh performance drink. Cergas dan tak mengantuk. Ya Allah semoga Eamadhan tahun ini lebih baik. InsyaAllah.